Saturday, 19 February 2011

sinopsis keseluruhan novel WIRA PERSONA AVATARI

           Pasukan Zamrud II yang dianggotai oleh Adeen, Anas, Pauline, Aina dan Anjali sudah bersiap sedia untuk meneruskan Pertandingan Avatari di peringkat akhir, yang akan bermula pada jam 3.00 petang. Adeen yang masuk dahulu ke bilik persalinan diikuti oleh Anas, Aina, Pauline dan Anjali. Adeen terpandang dua lelaki yang mencurigakan di bilik persalinan itu, seorang lelaki Cina dan seorang lelaki India. Lelaki India itu berjaya diberkas oleh Adeen dan Anas manakala lelaki Cina dapat meloloskan diri setelah dia menembak Aina. Aina akhirnya pengsan di atas pankuan ibunya, Maizan.
          Aina merupakan seorang murid yang tabah dan tekun. Semasa waktu rehat, Aina masih berada di dalam bilik darjahnya untuk menyiapkan kerja-kerja sekolahnya melalui jaringan internet. Zuriani, kawan baiknya datang dan memberitahu Aina tentang poster mengenai Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh yang ditampal di papan kenyataan.
         Semasa abangnya, Anas pulang, Aina segera memberitahu Anas tentang Pertandingan Avatari itu. Pada sebelah malamnya, Anas dan Aina asyik melayari komputer untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pertandigan Avatari itu. mereka juga berbincang tentang bagaimana hendak mendapatkan sebuah komputer realiti maya dan perisian Avatari yang mahal harganya itu. Akhirnya mereka mendapat bantuan daripada Pak Cik Ho, rakan sepasukan ayah mereka semasa memenangi Pertandingan Avatari kali pertama dulu. Mereka sudah ada empat orang ahli dalam pasukan yang akan bertanding nanti. Mereka hanya memerlukan seorang lagi ahli untuk memenuh syarat lima orang ahli dalam satu pasukan. Aina mencadangkan Adeen, anak Profesor Zakri. Kumar, sala seorang ahli Pasukan Zamrud II panas baran orangnya. Dia akhirya menarik diri.
         Anas, Aina, Pauline dan Adeen menjalani latihan fizikal di bawah bimbingan Cikgu Nisah. Pak Cik Ho juga datang memantau mereka berlatih permainan Avatari. Anas dan Pauline berbincang untuk mencari pengganti kepada Kumar. Akhirnya seorang gadis India, Anjali menyertai Pasukan Zamrud II.
        Zuriani merajuk terhadap Aina yang begitu lama tidak mendampingi dirinya. Aina memujuk Zuriani untuk menyertai Pasukan Zamrud II sebagai ahli pasukan simpanan.
        Hari pertandingan tiba. Pasukan Zamrud II menempuh pelbagai cabaran dan halangan sebelum muncul menjadi juara Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh. Salah satu halangan yang paling penting ialah sabotaj yang dilakukan oleh pihak musuh kepada Pak Cik Ho. Musuh itu ialah ketua samseng yang hendak membeli pusat permainan Game Star milik Pak Cik Ho. Sebagai akibatnya, Aina, salah seorang ahli Pasukan Zamrud II kene tembak. Kemudian, cip mikroelektronik mesin Avatari Pasukan Zamrud II telah dicuri oleh Anjali, ahli Pasukan Zamrud II sendiri. Kejadian sabotaj ini menyebabkan Pasukan Zamrud II hampir terkeluar daripada pertandingan. Walau bagaimanapun, dengan kecekapan,kemahiran dan keberanian ahli-ahli Pasukan Zamrud II, semua halangan dan permasalahan ini dapat diatasi dengan jayanya, Pasukan Zamrud II akhirnya berjaya muncul sebagai juara Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh.

1 comment: